Assalamualaikum dan salam bahagia. Kepada yg bercuti sempena cuti persekolahan, selamat bercuti dan hati hati didalam perjalanan. Semuga segalanya dipermudahkan. Saya pun berkesempatan balik kampung sekejap.....dah lama tak balik walaupun hujung minggu banyak dapat undangan kenduri kahwin. Sempat juga saya menyiapkan kek lapis ni untuk mak. Kek yg lembut dan gebu ni memang sedap dan membuatnya pun senang. Resepi saya copy dari anak sedara....yg asalnya adalah kek kukus lapis prune. Memandangkan prune tak de kat rumah ni, saya letak biskut oreo. Eemmmm......memang best walaupun kuantiti oreo tk mencukupi....next time letak lelebih biskut oreo !!!!!. Jom kita intai.....
KEK LAPIS KUKUS OREO
Bahannya:
250gm tepung gandum
1st serbuk penaik
250gm butter
180gm gula castor
5bj telur
1cawan susu pekat manis
Warna hijau, oren, pink, lemon yellow ~ ikut citarasa
Biskut oreo ( dibuang cream) secukupnya
Caranya:
1. Tepung gandum dan serbuk penaik diayak bersama. Ketepikan.
2. Putar gula bersama butter hingga kembang.
3. Masukkan susu pekat, kemudian diputar lagi.
4. Masukkan telur dan putar lagi hingga kembang dan sebati.
5. Masukkan tepung sikit2 dan kaup balikkan.
6. Adunan dibahagikan kepada 4 bahagian dan diwarnakan ikut citarasa masing2.
7. Adunan warna hijau dimasukkan dlm loyang, susun biskut dan kukus selama 5 - 10 minit. Kukus selang seli sampai adunan habis. Kukus selama 1jam atau hingga masak.
8. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
9. Simpan satu hari baru sedap dimakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan