Rabu, 12 Disember 2012

Begedil Daging Burger Rangup




                                       Rangup diluar .........lembut didalam!!!!!!!!




BERGEDIL DAGING BURGER RANGUP
Sumber : Chef Hussin Khan (Resepi sihat dan mudah)
Olahan: UDA


Bahannya:
2 keping daging burger(diracik halus)
5 biji kentang (buang kulit dan direbus)
1sm margerin
sedikit tepung gandum
2 biji telur (dipukul)
serbuk roti secukupnya
daun bawang secukupnya -hiris halus (saya guna daun kunyit dan daun cekur)
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Caranya:
1. Kentang yang telah direbus, dilenyek bersama margerin dan garam hingga sebati.
2. Masukkan daging burger dan daun bawang @ sebagainya.
3. Tambah serbuk lada sulah dan gaul semua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan kentang jadi bebola, gaulkan dengan tepung gandum, golekkan pada telur dan salut dengan serbuk roti.
5. Goreng hingga kekuningan dan sedap dimakan dengan sos cili.

2 ulasan:

  1. Cantiknya begerdil dia.... montel2, makan dua tiga ketul boleh kenyang ni...

    BalasPadam
  2. sedapnya nengok ni..akak minta izin kopi resepi..:D

    BalasPadam