Khamis, 6 Disember 2012

Lemak Kuning Ikan Tenggiri












Assalamualaikum dan jumpa lagi. Siaran tertangguh ni..... Banyak gambar yang tak leh post sbb h.pone 'sakit'. Saya ambil gambar guna h.pone je......syukur gambar tak hilang!!!!!. Resepi ni dah beberapa hari yang lepas. Dah lama tak masak tenggiri.....anak suka masak lemak @ masak kuning dia cakap. Biasanya kalau masak lemak, saya guna simple je bahannya. Tapi kali ni saya buat macam lemak ayam.....sedap!!!!!. Jom kita intai resepi ni.....


LEMAK KUNING IKAN TENGGIRI

Bahannya:
6 keping ikan tenggiri
2cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukupnya
daun kunyit secukupnya (dihiris halus)
air secukupnya

Bahan dikisar halus:
1 batang serai
1biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
kunyit basah secukupnya
air secukupnya

Caranya:
1. Masukkan bahan kisar, asam keping dan air secukupnya didalam periuk. Masak hingga mendidih, kecilkan api, masuk pula santan.
2. Sentiasa kacau supaya santan tak pecah. Bila nampak dah sebati, masukkan ikan, daun kunyit dan perasa.
3. Kacau perlahan hingga mendidih dan tutup api. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan