Jumaat, 14 Disember 2012

Soto Ayam Madura










Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni masak ringkas je. Ada yang nak makan lontong, ada yang nak makan soto. Senang keje, masak soto je sebab barang semua ada kat rumah, kalau lontong kene pergi pasar....tu yang malas. Turn pergi pasar hari sabtu @ hari ahad je. Biasanya, saya buat soto madura ni simple je, tapi still pakai santan. Cuma tak de makan dengan telur rebus dan kentang rebus yang digoreng. Saya ternampak ada blogger yang resepi soto ni.... makan dengan telur dan kentang. Saya pun nak cubalah.....memang lain....terasa 'meriah' soto ni. Ayam tu pulak.....saya tak siat2, saya main potong kecik2 je, dimasak bersama dengan kuah soto tu. Bila nak makan, berketul2lah ayam tu dalam mangkuk....hehehe!!!. Jom kita intai.....


SOTO AYAM MADURA
Resepi Olahan : UDA


Bahannya:
1 ekor ayam sedehana besar ( dipotong kecil)
250gm santan pekat 
1kiub pati ayam
2 batang serai (diketuk)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2sb rempah sup
rempah tumis secukupnya (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
garam dan gula secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dikisar halus:
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 biji buah keras
1sb ketumbar
halia secukupnya
lengkuas secukupnya
sedikit kunyit basah

Bahan yang dihidang bersama soto:
Nasi impit
Isi ayam
taugeh yang dicelur
daun sup
kentang yang direbus kemudian digoreng
telur rebus 
sambal kicap cili padi
bawang goreng


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, serai dan bawang besar yg dihiris. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing. Masukkan rempah sup, kacau sebati.
3. Masukkan ayam, gaul sebentar hingga sebati.
4. Masukkan air secukupnya, garam, kiub ayam dan gula. Masak hingga mendidih dan ayam empuk.
5. Masukkan santan dan sentiasa kacau supaya santan tak pecah. Bila mendidih, tutup api.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi impit dan bahan sampingan yang lain. 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Uda,
    belum pernah lagi buat atau makan soto madura... nampak macam sedap je, nanti ada masa nak cuba buat.

    BalasPadam
  2. Saya minta izin utk guna resepi awak ni ye... Halalkn ye..

    BalasPadam