Isnin, 3 Disember 2012

Puding roti coklat









Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak memuding. Oleh kerana lebihan roti buat karipap roti hari tu banyak.....hari ni memaksakan diri....merajinkan diri......untuk buat puding roti!!!!. Biasanya kalau buat puding roti meriah dengan warna warni...tapi kali ni malas nk main warna. Simple je...janji sedap dan licin!!!!!!. Jom intai resepi ni....

PUDING ROTI COKLAT
Olahan : UDA

Bahannya:
1 paket serbuk agar2
3 keping roti sandwich
215 gm coklat masakan (cairkan)
2 biji telur
4 cawan air
1cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3sb butter
1st esen vanilla
badam cincang secukupnya (digoreng tanpa minyak)


Caranya:

1. Air dengan agar2 serbuk dimasak hingga mendidih.
2. Roti, telur, susu pekat, susu cair dan vanilla di mesin hingga halus.
3. Bila agar2 dah mendidih, masukkan butter, adunan yang dah dimesin dan coklat masakan yg dah dicairkan. Kacau sebati hingga mendidih.
4. Rasakan manisnya.....jika kurang manis, boleh tambah susu pekat lagi @ coklat masakan.
5. Bila semuanya dah cukup, kecilkan api, sendokkan adunan ke dalam acuan pilihan. Taburkan badam cincang diatasnya sebagai hiasan @ ikut kreativiti anda nak hias apa .....
6. Bila dah hilang wap panas, baru sejukkan dalam peti ais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan