Jumaat, 21 Disember 2012

Mango Float











Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nampaknya cuaca terang dan ada panas.....nampak gayanya, keringlah baju hari ini. Tetiba tekak nak makan yang sejuk2.....senang dan cepat dibuat, sedap dimakan. Kebetulan semalam ada beli cream dan buah mangga......apa lagi, bolehlah try buat manggo float. Hari tu ternampak kat Rahelblog buat ni......tu yang teringat2 dan terliur melihatnya. Buatnya memang senang sangat, anak2 pun boleh buat sendiri. Rasanya pulak........perghhhh!!!! memang sedap. Bukan anak2 je yang suka, mak2, bapak2 pun makan sampai licin. Sedap dan sejuk je kat tekak. Mangga dan biskut Marie....memang serasi!!!!! .  Lain kali nak cuba letak nangka dengan biskut oreo pulak. Mesti 'pasangan serasi' juga agaknya. Tq Rahel resepi yang best ni. Saya share disini pula ye.......


MANGO FLOAT
Sumber: Rahelblog
Olahan: UDA



Bahannya:
225gm cream Nestle
140gm susu pekat manis
1 paket biskut Marie
Buah mangga secukupnya (dipotong nipis/dadu)
serbuk milo secukupnya (ini saya tambah)
Jar / bekas 7" (saya guna bekas dadih)


Caranya:
1. Satukan cream bersama susu pekat, gaul sebati dan rata.
2. Dalam bekas pilihan, masukkan biskut, tabur potongan mangga diatasnya.
3. Kemudian siram dengan cream. Buat seperti ini hingga 4 - 5 kali.
4. Akhir sekali, taburkan serbuk biskut dan serbuk milo.
5. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan