Rabu, 12 Disember 2012

Puding Sagu Pelangi










Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni tayangan puding lagi ye!!!!. Puding ni dah banyak kali buat, baru kali ni berkesempatan nak share disini. Suka sangat buat puding ni sebab, selain sedap dan lembut je....kejadiannya sedap mata memandang. Ramai kawan2 bloger buat puding ni.....Kak Yati, Mat Gebu dll....semuanya cantik2 dan ayu2 je puding sagu ni. Buatnya taklah susah mana pun....ikut je cara2nya, mesti jadi. Saya copy resepi ni dari Kak Yati kalau tak silap.....sbb dah lama dan dah selalu buat tapi lupa dari mana. Jom kita intai resepi ni......


PUDING SAGU PELANGI

Bahannya:
1 cawan biji sagu (rendam 2 jam)
1 litter air
20gm serbuk agar2
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml santan)
3 jenis warna kegemaran

Caranya:
1. Rendam sagu 2 jam. Rebus hingga jernih, tapis dan cuci dibawah air mengalir.
2. Bahagikan sagu kepada 6 bahagian. 3 bahagian warna berbeza dan 3 bahagian lagi biarkan warna asal.
3. Masak agar2 dengan 1 liter air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair @ santan, kemudian tutup api.
5. Ambil 200ml agar2, masukkan dalam 1 bekas sagu yang tak berwarna. Kacau rata, tuangkan dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan dengan air. Letakkan dibawah kipas atau simpan dlm freezer sebentar hingga keras. Bila keras, garis2kan dengan garpu atau pisau.
6. Ambil 200ml agar2, masukkan dalam bekas sagu yang berwarna, kacau rata, tuang atas lapisan yang pertama tadi. Ulangi proses tu sampai habis adunan agar2 dan sagu.
7. Dah selesai, simpan dalam peti ais, sejukkan. Bila dah betul2 sejuk dan keras baru keluarkan dari acuan.





SELAMAT MENCUBA......















1 ulasan: