Ahad, 30 Disember 2012

Nasi Lemak Hijau









Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di antara menu wajib di hujung minggu....!!!!!. Kalau tak sempat buat, encik suami akan beli. Memandangkan tengahari saya ada urusan, masak nasi lemak ni buat sarapan merangkap tengahari sekali. Dah banyak kali gak buat nasi lemak ni tapi masa tu lom berblog lagi. Resepi ni saya copy dari kak Yati @ yatiememories. Rasanya sedap, seakan2 nasi serai pun ada. Lauk sampingan tu....ikut cita rasa encik suami.....sambal sotong kering. Keropok wajib ada, memang kalau makan nasi putih pun keropok tak tinggal!!!!. Jom kita intai resepi ni......


NASI LEMAK HIJAU
Sumber: Yatiememories
Olahan: UDA


Bahannya:
3 cawan beras Basmathi (cuci, rendam 20 minit, toskan)
31/4 cawan santan
1 cawan air pandan (10 helai daun pandan dimesin dgn 1 cwn air)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 in halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
rempah tumis secukupnya
1st serbuk lada hitam
sedikit garam


Bahan sampingan:
apa2 lauk kegemaran masing2


Caranya:
1. Masukkan beras dalam rice cooker. 
2. Tumis bahan rempah tumis, masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan santan, lada hitam, garam, biar mendidih.
4. Masukkan santan dalam beras tadi dan masak seperti biasa.
5. Bila nasi dah masak, balik2kan nasi dengan garpu / chopstick supaya nasi tak patah.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan