Khamis, 6 Disember 2012

Puding Pelangi Koktel









Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hujan2 pun memuding gak ke?. Tekak kalau nak makan.....tak boleh 'delay'.....layan je....umur sehari semalam je!!!!. Tapi kejadiannya tak berapa cun. Adunan yang bercampur meringue macam tak sebati, mungkin masa campur tu tak kacau rata. Tak pe.....lain kali biar lebih teliti. Resepi ni saya belajar dengan Pn Azura.....memang pakar puding memuding ni. Jom .....saya share resepi ni di sini pula......


PUDING PELANGI KOKTEL
Olahan : UDA


Bahannya:
 20gm agar2 serbuk
300gm gula castor
1600ml air biasa + air buah koktel
2 helai daun pandan
3 biji putih telur + sedikit gula = dipukul jadikan meringue
pewarna makanan (ikut suka nak berapa warna)

Caranya:
1. Masak agar2, gula, air dan daun pandan hingga mendidih. Kecilkan api.
2. Basahkan acuan pilihan. Ambil 1/2 cawan adunan, curahkan kat dasar acuan, tabur buah koktel secukupnya. Ambil lagi 1 cawan adunan untuk menutup buah. Biar beku sebentar.
3. Ambil 1 cawan adunan + 2 sudu besar meringue + warna merah, gaul rata dan curah atas lapisan pertama yang ada buah tadi. Sebelum tu cakar2 dgn lidi dulu supaya melekat. Bekukan sebentar.
4. Buat cara yang sama untuk warna yang lain pula hingga habis adunan tu. 
5. Sejukkan dalam peti ais dan bila dah betul2 keras baru terbalikkan dari acuan.




SELAMAT MENCUBA

3 ulasan:

  1. Cantik puding pelanginya... rajin buat lapisannya tu...mesti sedap rasanya!

    BalasPadam