Isnin, 10 Disember 2012

Puding Roti Gulung Kaya





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Emmmm......terpandang resepi ni kat blog intaidapur. Bila tengok macam best je.....tengah rajin leh cuba.  Betullah!!!!....memang best....makan masa panas2 lak tu....roti masih lembut. Kalau dah sejuk, roti tu dah tak berapa lembut tapi still sedap. Atas roti tu nak tabur apa2 pun boleh..... Saya share disini pula ye resepi tu....jom.....!!!!


PUDING ROTI GULUNG KAYA
Sumber: Intaidapur


Bahannya:

7keping @ lebih roti putih (buang tepi)
100gm sri kaya 
3 biji telor
40gm gula castor
200ml susu cair
1sb tepung kastard
1/2sb tepung jagung
1st vanilla
** hirisan badam @ coklat rice (saya guna kismis n badam)

Caranya:
1. Sapu kaya pada roti dan gulung roti. Buat sampai habis.
2. Susun dan atur rapat2 roti gulung tu dalam loyang yang telah disapu butter.
3. Pukul telot dengan gula hingga sebati. Masukkan susu cair, tepung kastard, tepung jagung dan vanilla. Kacau sebati.
4. Tuang adunan telor dalam roti dan tabur hiasan.
5. Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga keperangan pada suhu 190C.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan