Khamis, 6 Disember 2012

Kentang Berempah



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak berkongsi satu resepi.....masakan dari India Utara.  Masakan ni ringkas tapi memang sedap dan kene dengan tekak saya seisi keluarga. Kentang berempah tapi.....tak pakai rempah serbuk pun!!!!. Kalau nakkan rasa yang lebih pedas, boleh tambah cili padi dan lada kering yang disangai dan dikisar kasar lebih banyak lagi. Jom kita intai resepi ni.....

































KENTANG BEREMPAH
Sumber : Masakan Hidangan India Utara
Olahan : UDA


Bahannya:

2 biji kentang (dikupas dan didadu)
1 biji bawang besar (didadu)
2 tangkai lada hijau (dipotong2)
5 tangkai cili padi (dipotong2)
2 biji tomato (dipotong2)
2 tangkai daun ketumbar (dihiris)
1 tangkai daun kari
4 tangkai cili kering (disangai dan dikisar kasar2)
sedikit halia (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Caranya:
1. Tumis bawang, halia, lada hijau, cili padi dan daun kari hingga layu dan wangi.
2 . Masukkan kentang, serbuk kunyit, air dan garam. Masak hingga kentang empuk..
3. Bila kentang empuk, masukkan tomato dan gula. Gaul sebati dan rasakan garamnya.
4. Tutup api, taburkan daun ketumbar dan cili kering yang disangai tadi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan