Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumpa lagi kita!!!!. Dah 2 hari tak bersiaran, hujung minggu....banyak urusan dan banyak undangan majlis perkhawinan. Hujan2 pun, redah je.....!!!!. Hari ni pun sibuk gak.....pagi2 ke sekolah agama beli kitab sekolah anak dan petang ada majlis khatam quran. So, buat sarapan pagi merangkap makan tengahari ajelah ye. Anak nak makan nasi goreng, saya buatkan nasi goreng lada hitam dan ayam bergajus. Alhamdulillah.....kenyang, padat dah perut!!!!. Jom kita intai .....
NASI GORENG LADA HITAM
Bahannya:
2 mangkok sup nasi putih
1 biji bawang putih (dicincang halus)
1 biji telur
sedikit bawang holand/besar (dihiris)
serbuk lada hitam secukupnya
sedikit kunyit serbuk
sedikit minyak masak
sedikit minyak bijan
sos ikan secukupnya (garam pun boleh)
Caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak bijan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan telur, kacau sebati, masukkan nasi, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan sos ikan. Kacau sebati.
3. Bila rasanya dah ok, tutup api. Jika mahu pedas lagi, boleh juga ditambah cili padi yang diketuk kemudian tumis bersama bawang tadi.
AYAM BERGAJUS
Bahannya:
1 keping dada ayam (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
sedikit bawang besar(dihiris)
1 tangkai lada merah (dihiris)
2sb sos tiram
1sb sos cili
2sb gajus yang dah digoreng
sedikit brokoli
sedikit bunga kobis
sedikit lobak merah
Caranya:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam dan lada merah, goreng sebentar.
2. Masukkan lobak merah, sos tiram, sos cili dan sedikit air. Gaul sebati hingga ayam masak.
3. Masukkan bunga kobis dan brokoli, gaul sebentar. Masukkan pula gajus. Bila rasanya dah cukup, tutup api.
4. Hidangkan bersama nasi goreng lada hitam.
Wah! Ini memang betul2 buat padat perut ni Uda... cayalah, sarapan pagi merangkap makan tengahari!
BalasPadamhehehe.....memang padat.....cuti sekolah ni, berat badam pun bertambah......
Padam