Ahad, 30 Disember 2012

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah bersedia nak masuk tahun baru?. Masuk je tahun baru, umur kita pun bertambah. Kalau angan2, azam dan apa yang kita hajati tak kesampaian pd thn ni, leh usaha lagi dan terus berusaha dan berdoa semuga tahun hadapan dimakbulkan Allah. Tapi angan2 saya nak buat crepe ni dah termakbul hehehe!!!!!.. Kekadang nak buat tapi malas. Tapi bila 'keadaan terdesak'.....baru mood tu datang, bila hati betul2 nak buat, fokus betul2.....baru menjadi. Bila hasil kejadiannya yang menjadi.....hilang segala penat. Bila makan dan masuk dimulut dan ditekak.....aduhai!!!!!!, lidah tak leh bohong......memang sedap crepe ni.....lembut je.....sangat2 puas hati. Resepi ni saya copy dari Azlita Masam Manis.....yang sememangnya kreatif dan apa2 je hasil dari tangan kreatifnya tu......buat orang kecur!!!!!. Sekarang dah hilang kecur saya dengan crepe  ni. Tq so much......dengan resepi yang sedap ni. Buatnya tak susah mana tapi, perlu banyak kesabaran dan ikut je step by step dari beliau. Bila dah berjaya dan dah tahu teknik2nya, lain kali boleh buat pelbagai perasa pula. Adunan crepe ni......bila saya melapis, ada terlebih sbb cream dah habis. Saya dapat lebih kurang 20 keping crepe yang nipis tapi bila melapis, saya dapat guna lebih kurang dalam 15 keping je. Selebihnya, saya sapu ngan peanut butter.....wowww!!!! sedap gak. Ok.....kita intai resepi ni....Jika nak lebih detail, intai je kat blog Azlita Masam Manis.


MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD
Sumber: Azlita Masam Manis
Olahan:UDA


CREPE

Bahannya:
140gm tepung kek - self raising flour
20gm tepung jagung
80gm gula castor
500ml susu segar/susu cair
30gm butter dicairkan
4 bj kuning telur
secubit garam
1st esen vanilla

Caranya:
1. Dalam bekas, ayak tepung kek, tepung jagung dan garam.
2. Masuk separuh susu kedalam tepung tersebut, gaul rata hingga licin tak berketul2.
3. Dalam bekas lain, saukan telur, gula dan baki susu tadi, kacau sebati.
3. Campurkan adunan telur ke dalam adunan tepung tadi, gaul rata hingga licin. Tambah butter dan vanilla, gaul rata.  Jika adunan berketul2, blender sekejap kemudian tapis.
4. Tutup bekasnya dengan plastik, simpan dalam peti ais selama 30 minit.
5. Panaskan kuali non stick hingga benar2 panas, kemudian kecilkan apinya.
6. Oleskan dengan sedikit minyak, tuang 1 sendok adunan, mula memdadar. Biar hingga permukaannya kering dan bhg bawah kuning keemasan. Tak perlu dibalikkan. 
7. Kalau nak cantik, buat nipis2. 
8. Setiap lapisan crepe yang dah masak dan diangkat, letak dalam loyang/ pinggan, terus tutup dengan plastik supaya terus lembab dan tak kering. 1 keping crepe, 1 helai plastik.
9. Buat hingga habis, ketepikan.



Untuk lapisan dasar, saya ikut Azlita......guna kek span vanilla. Sebenarnya boleh guna apa2 kek yang kita suka. Tak letak kek pun boleh.....lapisan crepe tu saje. Resepi dibawah adalah 1/2 adunan resepi kek span vanilla. Jika buat 1 adunan.....kek tu pun nanti kene potong gak sbb pakai lapisan kek span yang nipis je.

KEK SPAN VANILLA (1/2 adunan)

Bahan A
2 biji kuning telur
10gm gula castor

Bahan B
2 biji putih telur
50gm gula castor
48gm tepung - diayak
8 gm susu tepung - diayak
35 gm butter dicairkan

Caranya:
 1. Panaskan oven pada suhu 170C.
 2. Griskan loyang bulat 8in dan alas dgn kertas minyak. 
 3. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu. Ketepikan. Adunan sikit, guna hand mixer je....
 4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula castor, pukul lagi hingga kental dan kaku. Kaup balikkan adunan putih telur dengan bahan A hingga sebati.
 5. Masukkan tepung dan susu tepung dalam adunan, kaup balik adunan hingga sempurna.
 6. Masukkan butter cair dan kaup balik hingga sebati.
 7. Masuk dalam loyang, bakar selama 20 minit.
 8. Dah masak, terus keluar dari loyang dan sejukkan.

VANILLA CREAM CUSTARD

Bahannya:
200ml whipping cream / 550ml Non Diary Whipping Cream Rich kotak biru 
450ml susu segar / susu cair
2sb tepung gandum
1 1/2 sb tepung jagung
85gm gula castor
4 biji kuning telur
2sb butter
1st vanilla
 secubit garam

Caranya:
1. Masukkan susu dalam periuk, masak atas dapur hingga mendidih. Tutup api.
2. Angkat dari dapur, masukkan tepung dan tepung jagung. Kacau dengan segera hingga adunan licin kemudian tambah gula, kacau hingga gula larut.
3. Tambah kuning telur dan vanilla, kacau rata. Jika adunan berketul2, blender sekejap, kemudian tapis.
4. Letak semula atas dapur dgn api yang sederhana, kacau hingga meletup2.
5. Angkat dari dapur, masukkan butter, kacau rata hingga menjadi adunan yang licin. Ketepikan.
6. Dalam mangkuk mixer, putar whipping cream hingga ketal dan bertanduk.
7. Tuang adunan whipping cream dalam adunan custard, kaup balikkan hingga sebati.
8. Jika guna Whipping Cream Rich kotak biru, campurkan sekali cream dengan adunan custard, putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.


Cara melapis: ( step by step.....boleh lihat di blog masam manis ye!!)
1. Ambil kek span tadi, letak atas lapik kek.
2. Sapukan cream custard atas kek dan ratakan. Guna piping beg pun boleh.
3. Letak sekeping crepe atas cream tadi, tekan2 sikit supaya cream kat bawah rata.
4. Letak cream atas crepe dan begitulah seterusnya hingga cream dan crepe habis. Saya buat cream habis tapi creap ada baki, mungkin cream saya letak banyak.
5. Balut kek kita dengan plastik supaya crepe tak kering, kemudian masuk dalam peti ais supaya cream mengeras.
6. Boleh deco ikut kreativiti masing2.







6 ulasan:

  1. OMG Uda...mieza dah lama teringin nak buat crepe ni..teruja sgt! Kalau umah dekat dah lama mieza kenen sepotong dua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu ada masa.....mieza buatlah. Wpun nampak rumit....tp berbaloi......

      Padam
  2. Panjang berjela..... ni kena ada tahap kerajinan yang tinggi untuk menghasilkan. Selamat tahun baru 2013 Uda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat thn baru jg buat amie sekeluarga. Klu tengok kat blog masam manis....lg panjang sbb dia bgthu terpeinci. Mula2 naik pening gak.....

      Padam
  3. Salam Kak, saya mohon ambil resepi nie yee, nak buat untuk majlis hari jadi mak saya.

    BalasPadam