Rabu, 17 April 2013

Ayam Coca Cola


AYAM COCA COLA
Olahan;UDA


Bahannya:
7 ketul ayam
1/2 cawan coca cola
2sb kicap pekat
1sb serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 biji bawang holland ~ dipotong kasar
8 tangkai cili padi
garam secukupnya

Bahan dimesih halus:
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 batang serai 
sedikit halia

Caranya:
1. Dalam kuali, masukkan ayam, bahan yang dimesin, coca cola, pati ayam dan lada sulah. Masak dengan api yang sederhana.
2. Bila dah separuh pekat, masukkan lobak merah, cili padi dan kicap. Masak hingga pekat.
3. Dah pekat, masukkan bawang holland, gaul sebentar, rasakan garam dan padamkan api.






Tiada ulasan:

Catat Komen