Sabtu, 13 April 2013

Fruitti Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah lama tk hujan, baru hari ni hujan. Alhamdulillah.....basah gak bumi walaupun tak selebat mana pun. Hujan ke panas ke, itu semua kurniaanNYA.
 
Hari ni nak share resepi dari blog Azlita masam manis. Saya klu singgah ke sana.....tak de yang tak terliur....eemmmm!!!!....tengok je dah nak pengsan, lom lg dapat merasa. Beliau memang kreatif dan hasilnya kemas gitu!!!!. Saya pun teruja nk mencuba dan merasa. Inilah hasilnya.....walaupun tk se cun dan se kemas beliau punya..... tapi puas hati dapat buat sendiri. Belum sempat semalaman anak dah mintak potong, itu yang comot, lom berapa keras. Adunan kek saya buat setengah adunan, itu yang nampak tinggi. Resepi asal, buat satu adunan kemudian dipotong 3. Perasa pula, saya guna apa yang ada kat dapur je!.  Apa2 pun...kek ni memang best, macam2 perasa ada dan sesapa yang sedang berdiet tu....jamah sikit je ye sbb.....memang terasa lemak cheese ngan krim tu!!!! Tq Azlita sbb kongsi resepi kek yang lemak berkrim ni....saya share disini pula ye....!!!!




FRUITTI CHEESE CAKE
Sumber : Azlita masam manis
Olahan ; UDA


Bahan Kek Span Coklat
2 biji telur ~ gred A
62gm gula castor
1/2st vanilla
1st ovelette
50gm tepung
10gm serbuk koko
1/2st baking powder
20ml air
35gm butter ~ dicairkan

Caranya:
1. Panaskan oven 170C. Alaskan loyang 8in bulat dgn baking paper dan gris dgn butter.
2. Campur semua bahan kecuali butter kemudian putar hingga kembang dan gebu. Anggaran selama 10 minit.
3. Masukkan butter dan kaup balik dgn spatula hingga rata.
4. Bakar selama 35 minit.
5. Bila dah masak, keluarkan dari loyang, biarkan sejuk.




Lapisan Cheese

120ml susu segar
2 biji kuning telur
350gm cream cheese
80gm gula castor
1sb serbuk gelatin
400gm whipped cream

pewarna dan perasa ~ ikut citarasa masing2
pink ~ strawberry emulco
kuning ~ nenas
hijau ~ pisang
purlpe ~ keladi
oren ~ oren sunquick


Caranya:
1. Satukan susu, kuning telur, cheese, gula castor dan serbuk gelatin dalam peruik.
2. Masak secara double boiler hingga sebati dan mencair.
3. Padamkan api dan biarkan sejuk sepenuhnya.
4. Putar whipped cream hingga ringan dan bertanduk.
5. Masukkan adunan cheese yg dah sejuk, putar lagi hingga sebati.









Cara melapis:
1. Bahagikan adunan cream cheese kepada 5 bahagian.
2. Tambah perasa dan pewarna kesukaan.
3. Ambil kek span dan masukkan kedalam loyang spring foam bulat 7in. (saya guna 8in). 
4. Tuang adunan cheese oren, ratakan dipermukaan dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.
5. Keluarkan dan tuang lapisan berwarna yang lain.
6. Ulangi proses yang sama hingga habis setiap lapisan berwarna.
7. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.




Tiada ulasan:

Catat Komen