Isnin, 15 April 2013

Opor Sotong




OPOR SOTONG
Sumber : Citarasawan
Olahan : UDA

Bahannya:
400gm sotong ~ cuci ,buang hitamnya dan kalau besar, potong 2
1sb kerisik
1/4 cawan santan pekat
3 helai daun limau
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dikisar halus:
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
6 tangkai lada kering
sedikit lengkuas
sedikit kunyit basah
1/2 st jintan manis
1sb ketumbar


Caranya:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masuk kerisik, daun limau, santan, garam dan gula.
Biar hingga mendidih.
2. Masukkan sotong dan bawang besar, masak hingga kuah pekat dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan