Ahad, 14 April 2013

Apam Coca Cola Oreo



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak buat apam, tetiba hari ni teringinlah pulak!!!!.Kebetulan ronda2 kat blog Citarasawan, ternampak apam coca cola.....apa lagi, terus copy. Kebetulan bahan semua ada, sambil masak untuk makan tengahari, saya pun mulakan projek mengukus ni. Sesekali layan tekak dengan apam ni sedap gak. Saya guna papercup comel2 so....dapatlah banyak!!!. Bolehlah berbagi rasa. Jom kita intai resepi ni...




APAM COCA COLA OREO

Bahan2:
200gm tepung gandum ~ diayak
1/2st baking powder/ double action ~ diayak
25gm susu tepung ~ diayak
50gm serbuk oreo
2biji telur A
2st ovalette
150gm gula pasir
50gm gula perang
1/4st garam
225ml coca cola
serbuk oreo secukupnya utk hiasan ~ ini saya tambah




Caranya:
1. Panaskan kukusan. Alas acuan lompang dgn paper cup, ketepikan.
2. Pukul telur, gula pasir, gula perang dan garam hingga rata.
3. Masukkan 1 sudu besar tepung dan ovalette. Pukul hingga putih dan pekat dengan kelajuan tinggi.
4. Tukar kelajuan rendah, masukkan tepung dan bahan ayak yg lain sedikit demi sedikit berselang seli dgn coca cola. Putar hingga rata.
5. Masukkan serbuk oreo, kaupbalik hingga sebati.
6. Tuang adunan dlm paper cup hingga penuh, tabur serbuk oreo diatasnya dan kukus dgn api sederhana selama 15 minit - 20 minit. (acuan kecik, 15 minit je)

*** jika ingin apam mekar, guna double action baking powder, jarakkan dan kukus dgn api yang besar.




Tiada ulasan:

Catat Komen