Khamis, 13 Disember 2012

Ayam panggang kicap






AYAM PANGGANG KICAP

Bahannya:
3 keping ayam bahagian peha
1 biji bawang besar (dihiris)
kicap pekat manis secukupnya
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan dikisar:
1 batang serai
5 tangkai lada kering
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit halia
1sb ketumbar
1st lada hitam

Caranya.
1. Tumis bawang besar yang dihiris hingga wangi. 
2. Masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga wangi.
3. Masukkan ayam, gaul sebati kemudian masukkan air dan kicap.
4. Masak hingga ayam separuh masak dan kuah pekat.
5. Keluarkan ayam, panggang dalam oven hingga ayam masak dan garing pada suhu 180C.





2 ulasan:

  1. Samalah kita ye... hari ini lauk ayam... tapi kita goreng je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lauk 2 hari lps....baru sempat post....hehehe. Hari ni masak soto madura....

      Padam