Isnin, 1 Oktober 2012

Asam Pedas Ikan Baung



Assalamualaikum......semuga happy selalu, lelebih lagi setelah badjet 2013 dibentangkan. Ramai yang tersenyum puas hati dan tak kurang juga sebaliknya. Apa apa pun...rezeki jangan ditolak!!!!!. 
Baru baru ni saya ada masak asam pedas ikan baung....selama ni memang tak pernah masak dan tak pernah makan ikan baung ni. Suami kata sedap, saya pun try (first time masak ikan ni). Memang betul sedap......yang penting tak hanyir dan kadang2 ada berbau lumpur. Mungkin ikan saya beli ni ternak dalam kolam kot!!!!!. Jom kita lihat cara saya masak ikan ni......









ASAM PEDAS IKAN BAUNG

Bahannya:
2 ekor ikan baung (dicuci n direndam dgn air asam jawa)
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
segenggam lada kering (yg dah direbus)
1 in halia
sedikit belacan
kunyit hidup
air asam jawa secukupnya
daun kesom
bunga kantan
tomato/tomato cherry
gula, garam

Caranya:
1. Cuci bersih ikan setelah direndam dengan air asam.
2. Blender lada, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan..
3. Hiris2 sebiji bawang merah, goreng hingga wangi, Kemudian masukkan bahan yg diblender td. Tumis hingga garing dan wangi.
4. Masukkan garam dan gula, gaul lagi hingga warnanya cantik. 
5. Masukkan air asam, ikan, daun kesom. Masak hingga mendidih  dengan api sederhana.
6. Masukkan bunga kantan, tomato dan rasakan garam , gula dan asam secukupnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan