Isnin, 8 Oktober 2012

Beko Pulut



Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap2 hari ni ok semua, no moody2, happy n ceria sepanjang hari. Hari ni saya nak kongsi satu resepi yg best. Masih lagi makanan dari pantai tumur. Perkataan 'beko' tu agak2nya bakar atau bingka kot. Kuih ni sedap, lembut je dan tak liat walaupun pakai tepung pulut. Oleh kerana tekak ni tekak orang Johor, kemanisannya tu saya kurangkan sikit dan lebihkan kelapa. Nak pakai acuan apa pun saya rasa ok agaknya tapi saya ikut resepi asal, guna acuan kuih baulu. Jom kita semak resepi yg dah saya ubahsuai ni.....


BEKO PULUT
Sumber ; Norzailina Nordin (Masakan pantai timur)
Olahan : UDA


Bahannya:
300gm tepung pulut
100gm gula pasir
200gm kelapa parut putih(lebih pun tak pe)
2 biji telur - dipukul sedikit
200gm air
garam secukup rasa
minyak untuk melengser
pewarna kuning


Caranya:

1. Gaul tepung bersama kelapa. 
2. Masukkan air, telur, gula pasir dan garam, gaul sebati. Masukkan pewarna kuning.
3. Panaskan acuan bahulu yg dah dilengser minyak dlm oven bersuhu 200C api atas bawah.
4. Keluarkan acuan, sudukan adunan dan bakar selama 8 - 10 minit.
5. Bila bahagian bawahnye dah kuning dan garing, bolehlah dikeluarkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan