Khamis, 4 Oktober 2012

Ikan Merah Bersos Lada Hitam Dan Mangga






Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera. Gambar ni dah 2 hari yg lepas tp trlupa lak nk masukkan dlm list. Buah mangga dah 2 minggu dlm peti ais, dari hijau dah nak ke kuning warnanye. Ingatkan hari tu nak buat kerabu sotong, tapi malas lah pulak, tu yg terperap je dlm peti. Bila nk masak ikan ni.....bolehlah guna. Biasanya saya kalau msk mcm ni, guna nenas je.....sedap juga. Jom intai resepi ni......



IKAN MERAH BERSOS LADA HITAM DAN MANGGA


Bahannya:
1 ekor ikan merah yg kecil@sedang (ikan lain pun boleh)
serbuk kunyit secukupnya (utk goreng ikan)
1 biji mangga yang sedang (didadu)
1/2 biji tomato ( didadu)
1/2 btng carrot (didadu)
1/2 btng saleri (didadu)
5 tangkai cili padi (potong2)
2 tangkai lada merah (potong2)
1/2 biji bawang holand (didadu)
3 biji bawang putih ( dicincang)
sedikit halia (dihiris)
1 1/2 st serbuk lada hitam
2sb sos cili
2sb sos tiram
air secukupnya


Caranya:

1. Ikan yg dah dicuci, limurkan dgn kunyit serbuk dan garam sedikit lalu digoreng garing.Ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih, halia hingga wangi. Masukkan bawang holand, caroot dan saleri.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, air dan serbuk lada hitam. 
4. Dah mendidih, masukkan bahan yg telah di potong dan didadu. 
5. Bila semuanya dah sebati dan rasanya dah cukup semuanya, jirus atas ikan. 
6. Sedap dimakan panas2.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan