Isnin, 1 Oktober 2012

Lempeng Udang Geragau


Assalamualaikum......sarapan apa tu?. Ada orang suka sarapan yg simple tapi sihat. Ada yang suka sarapan berat, kalau tak.....tak kenyang!!!. Biarlah apa pun, janji ambil sarapan sbb ianya penting untuk badan. Hari ni saya buat yang simple je tapi sedap..... Kat rumah ada stok udang popeye @ geragau yg basah. Buat cokodok dah selalu, apa kata kali ni try buat lempeng...Jom!!!!!!




LEMPENG UDANG GERAGAU


Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji kentang (dikupas dah dihiris nipis)
1 cawan udang geragau (lebih pun tak pe)
2 biji bawang putih
1 biji telur
1sb margerin
daun sup secukupnya(potong halus)
1/2 biji bawang holand (didadu)
garam secukupnya (boleh juga gantikan dgn Aji Shio Flavoured Pepper)
pewarna kuning


Caranya:
1. Tepung, telur, margerin, garam, kentang dan bawang putih........ disatukan kemudian dimesin.
2. Dalam bekas, satukan adunan denganbahan yang lain.
3.Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air lagi.
4. Masak adunan menggunakan kuali non stick (kalau tak de, kuali biasa pun boleh).
5.Jika suka garing, panaskan kuali dengan sedikit margerin, baru masukkan adunan .
6. Ketebalan lempeng tu, ikut citarasa masing2.
7. Sedap dimakan dengan sambal tumis!!!!!


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan