Selasa, 2 Oktober 2012

Telur Bungkus Special




Assalamualaikum. Masak apa hari ini?. Kekadang sampai tak de idea nk masak apa ye tak?. Kalau tengok makanan orang lain masak, macam sedap je.....yang sendiri masak, cuma jamah je!!!!. Kebiasaannya macam itulah. Semalam petang tak masak berat2, yg ringkas je janji kenyang. Kebetulan udang geragau ada lagi, buatlah telur bungkus ni. Mereka ratah je, tak makan ngan nasi pun......Yang specialnye tulah.....letak udang geragau. Kalau ada sesapa nk cuba, jom.....



TELUR BUNGKUS SPECIAL

Bahannya:

4 biji telur ayam
segenggam udang geragau basah
daun sup secukupnya
lada sulah berperisa secukupnya


Bahan inti:

1 ketul dada ayam (potong dadu)
3 batang hot dog (dipotong2)
3 batang jejari ketam(dipotong2)
1/2 batang lobak merah (didadu)
1/2 batang saleri (didadu)
1/2 biji tomato (didadu)
1/2biji bawang holland (didadu)
3 biji bawang putih (dicincang)
1st lada mesin
2sb sos cili
2sb sos tiram
garam secukup rasa


Cara membuat inti:
Tumis bawang putih dan lada mesin hingga wangi.Kemudian,masukkan ayam, bawang holland, lobak merah,
Biarkan hingga ayam masak. Kemudian masukkan segala sos, garam dan bahan2 yang lain. Dah masak, ketepikan dulu, buat telur dadar pula.

Telur dipukul bersama lada sulah. Kemudian tambah udang geragau dan daun sup. Dah sebati, bolehlah didadarkan ex kuih dadar. Biar nipis, senang nak melipat nanti. Bila dah masak, bubuh inti kemudian lipat. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan