Isnin, 8 Oktober 2012

Sup Bayam Berkentang







Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah dua hari , kepala pening2 gitu.....tekanan darah rendah lagi!!!!!. Macam2 dah makan, makan kambing sudah, kerang sudah...tp masih lom brapa ok. Pagi2 suami gi pasar beli sayur bayam. Mak aiii.....banyaknya, sayur bayam ni tak leh tahan lama. Nampak gayanya, kene hari2 masak bayam. Hari ni bayam masak sup berkentang. Nak tambah udang, suami tak leh makan ...'kene pantang'. So, masak dgn apa yg boleh je lah.....janji sedap!!!!



SUP BAYAM BERKENTANG


Bahannya:
1 ikat sayur bayam (asingkan batangnya dan cuci bersih)
1 biji kentang (potong kecil memanjang)
lobak merah secukupnya (poyong kecil memanjang)
1/2 kiub ayam
2 biji bawang putih(cincang halus)
1/2 biji bawang besar (potong halus)
serbuk lada sulah Ajishio secukupnya
secubit serbuk kunyit
garam secukupnya
air secukupnya

Caranya:
1. Tumis bawang putih dan bawang hiris hingga wangi.
2. Masukkan air dan kentang, masak hingga empuk.
3. Masukkan lobak merah, lada sulah, serbuk kunyit, biar mendidih.
4. Masukkan bayam dan rasakan garamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan