Assalamualaikum dan selamat petang. Minum apa petang ni?. Jom join...masih panas lagi ni, bukan setakat kek ni je yg masih panas tp resepinya juga masih 'panas' kat blog Ct Delima.... Tergoda bila tengok Ct Delima tayang kek dia so, pagi2 dah cari pisang . Ct Delima namakan CBB SQUARES sbb guna layang empat segi dan dipotong squares. Saya guna acuan love dan paper cup so.....CBB LOVE...boleh gitu?. Apa apa pun...kek ni memang best. Bila gigit dah terasa coklat kat dalam tu, belom lagi telan....perghhhh!!!!! .
Yang dalam paper cup tu, coklat dia terkeluar..may be sbb saya letak lebih
coklatnya. Tp lg sedap!!!!!!
Ok...sapa sapa yg nk try, memang tak rugi.....anak2 mesti suka sbb mewah ngan coklat. Ct Delima.....saya share resepinya ye.....sama je cuma 'Love' saya tambah....hehehe
CHOCOLATE BOTTOM BANANA LOVE
Sumber : Ct Delima
Bahan bahan:
113 gm butterutkan (dilembutkan)
3/4 cawan gula castor
1 biji telur A (dipukul ringan)
1 st esen pisang
1 1/2 cawan pisang masak (lecek halus)
1 1/2 cawan tepung gandum
1st baking powder
1/2 st baking soda
1/2 st garam (saya tak letak)
3sb serbuk koko
1/2 cawan cip coklat
50gm coklat masakan (saya guna lebih)
Cara cara:
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan essen pisang, pisang lecek, pukul sebati.
3. Tepung, b.powder dan b.soda diayak kemudian campurkan dalam adunan pisang tadi. Gaul sebati.
4. Adunan dibahagi 2. 1 adunan ditambah serbuk koko dan gaul rata.
5. Adunan koko tuang dalam acuan, ratakan kemudian parutkan coklat masakan diatasnya.
6. Tuang pula adunan plain, ratakan kemudian tabur cuklat cip. Jika guna acuan kecil2, buat sampai habis baru bakar.
7. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau ikut kepanasan oven masing2.
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan