Isnin, 1 Oktober 2012

Puding Keledek Oren

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebut pasal puding, saya memang suka membuatnya sebab, selain kejadiannya cantik, sejuk je bila memakannya. Macam2 puding saya suka mencuba, hari ni saya buat puding keledek pula. Kebetulan ada anak buah bagi keledek oren ni. Kononnya nak buat talam keledek tapi tak jadi. Buat puding lagi senang....!!!!! Jom......



Puding Keledek Oren

Bahannya:
400gm keledek (yang dipotong dadu dan direbus)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
41/2 cawan santan
sedikit garam


Caranya:
1. Tepung beras, santan...disatukan kemudian ditapis.
2.Satukan dengan gula, garam, kemudian dimasak dengan api sederhana hingga pekat dan berkilat.
3. Masukkan keledek, gaul sebati.
4. Masukkan dalam acuan pilihan dan sejukkan.


SELAMAT MENCUBA



2 ulasan:

  1. Salam Kenal,
    nampak sedap puding tu...
    www.my-mintroom.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ye.....memang sedap, keledek tu jgn terlalu lembut....bila gigit terasa keledek tu.....cubalah

    BalasPadam