Rabu, 16 Januari 2013

Ayam Panggang......mana boleh jemu!!!!!









Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menu makan malam yang mengenyangkan dan memang tak akan jemu!!!. Ayam berempah ni saya perap pagi, petang baru bakar. Ayam panggang ni, saya makan dengan kentang sumbat berempah....pun dipanggang juga. Selepas panggang ayam, baru saya panggang kentang. Resepi kentang kemudian saya letak. Bahan untuk ayam ni....simple je...tapi sedap. Jom kita intai.....


AYAM PANGGANG
Resepi olahan : UDA

Bahannya:
4 keping ayam 
2ulas bawang putih ditumbuk
sedikit halia ditumbuk
1sb serbuk ketumbar
1sb serbuk lada hitam
3sb sos tiram
2sb serbuk kari
1 kiub stok ayam
garam secukupnya
sedikit minyak masak

Caranya:
1. Bersihkan ayam, dikelar sedikit supaya rempah meresap.
2. Satukan semua bahan, lumur pada ayam.
3. Perap selama 6 jam atau semalaman.
4. Panggang guna oven pada suhu 190C selama 1 jam atau hingga masak dan garing.
5. Sedap dimakan bersama hidangan sampingan.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan