Isnin, 14 Januari 2013

Kek Lapis Kukus 7up







Assalamualaikum dan salam sejahtera. EEmmm.....mengukus lagi hari ni. Kebetulan ada 7up dalam peti ais, 'ronda2' kat intenet, terjumpa resepi kek ni. Rupanya, dah ramai blogger mencuba,,,,saya yang ketinggalan. Memang betul kata diorang, kek ni rasanya macam apam pelangi cuma tak guna butter. Bahannya  pun senang dan rasanya .....bolehlah!!! bagi penggemar kuih yang kukus2 ni. Hari ni saya try guna sillicon mould. Biasanya saya buat puding je guna acuan ni. Walaupun nampaknya berjaya tapi....masih ada sikit2 comot sana sini. Jom kita lihat resepi ni.....

KEK LAPIS KUKUS 7UP
Sumber : Badariahabdrahman. blogspot
Olahan : UDA


Bahannya:
5 biji telor
190gm gula (saya letak 195gm)
150gm tepung kek
150gm tepung gandum
1/2 sb ovalette
180gm 7up/sprite/cream soda
2sb susu pekat
pewarna pilihan (oren, hijau, pink, biru)
perasa pilihan (oren, pandan, strawberry)

Caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan ovalette, pukul lagi.
3. Masukkan susu pekat, pukul lagi.
4. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan 7up, pukul rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, warnakan dan letak perasa jika suka.
6. Guna acuan pilihan, kukus warna pertama selama 5 - 7 minit dengan api sederhana.
7. Kukus warna terakhir selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Tutup loyang guna aluminium foil supaya air kukusan tak menitis ke atas kek.
8. Dah masak, sejukkan dulu baru dipotong.












4 ulasan: