Jumaat, 11 Januari 2013

TRUFFLE CHOCOLATE COOKIES / BISKUT DENMARK








Assalamualaikum..... Saya sempat 'mengukis' semalam......!!!. Bila 'jalan2' kat blog Citarasawan....terpandang biskut ni, apa lagi....terus 'termengidam'. Nak buat tunggu nak raya, lambat lagi....raya cina pun bulan depan, kot2 ajal dah sampai...kempunan pulak!!!!. Paksakan diri buat sekarang gak. Nasib baik bahan semua ada cuma hazelnut tak de...saya gantikan dengan almond, tepung jagung saya gantikan dengan tepung kastard. Cuak gak.....takut tak jadi, memandai tukar tepung. Alhamdulillah, menjadi....!!!.  Emmmm.......sedap betul biskut ni.....tak rugi pagi2 dah sibuk menggentel adunan ni. Mana taknya, sepatutnya isian dalam setiap doh yang digentel tu letak sebiji kekacang @ coklat chip. Saya bantai letak dua2....almond cincang (tu aje yang ade so saya gaul dalam adunan)  & sebiji coklat cip. Memanglah mebeles!!!!!. Terima kasih K1@Citarasawan .....cookies yang sedap ni. Saya share disini pula ye.....


TRUFFLE CHOCOLATE COOKIES / BISKUT DENMARK
Sumber : Citarasawan
Olahan : UDA


Bahan A:
160gm butter
1/8st vanilla
60gm gula icing

Bahan B:
180gm tepung gandum
15gm serbuk koko
40gm tepung jagung (saya guna tepung kastard)
50gm kacang tanah dikisar halus (saya goreng dulu baru kisar)
1/8st baking powder
40gm badam cincang (ini saya tambah)

Bahan C:
Hazelnut @ coklat chip untuk isian dalam doh. (saya guna badam cincang dan coklat chip)

Hiasan : coklat masakan, hazelnut @ badam cincang @ kacang tanah dikisar, cawan kertas

***** Badam cincang saya goreng tanpa minyak, sejukkan dulu baru digunakan.


Caranya:
1. Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Masuk bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil 1st doh, masukkan hazelnut dan bulatkan semula. Oleh kerana saya dah masukkan badam cincang dalam adunan, saya letakkan coklat chip sahaja didalamnya.
4. Susun dalam loyang yang digris, bakar selama 20 minit @ keperangan pada suhu 150C.
5. Cairkan coklat masakan - double boiler-. Celupkan biskut dalam coklat cair, masukkan dalam papercup, taburkan hiasan.


** adunan yang dicampur dengan serbuk kacang biasanya agak kering selepas 2 jam. Untuk melembutkannya semula, uli doh dengan sedikit butter.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan