Rabu, 16 Januari 2013

Kuih Sengkulun.....macam Kuih Dangai je!!

Assalamualaikum. Pernah makan kuih dangai tak?. Kuih lama yang sekarang susah nak dapat tu!!!!. Kalau tanye orang2 muda mungkin ada yg tk pernah makan apa lagi tengok. Kuih dangai tu....senang je bahan dia, tepung pulut digaul dgn kelapa dan garam, ditabur gula kemudian bakar. Walaupun nampak senang, saya pernah buat tapi tak jadi...adalah tu salah silap sana sini. Resepi saya nk kongsi hari ini ialah kuih yg rasanya seakan2 kuih dangai. Tapi caranya dikukus bukan dibakar. Saya copy resepi ni di tabloidbintang.com. Kuih ni sedap dimakan ketika masih panas atau suam. Kalau dah sejuk, dia akan liut2 sikit....maklumlah tepung pulut. Lagi satu....kalau tak liat, semasa isi dalam loyang @ acuan pilihan....jangan ditekan2. Cukup sekadar meratakan saja. Jom kita intai resepi yang dah saya olah ni......










KUIH SENGKULUN
Sumber : tabloidbintang.com
Olahan : UDA


Bahannya:
125gm tepung pulut
120gm kelapa parut putih
50gm gula pasir
1st air kapur
garam secukupnya
pewarna makanan - hijau dan pink
perasa - pandan dan ros
minyak untuk gris
loyang atau acuan lompang

Caranya:
1. Panaskan kukusan, gris acuan dengan minyak.
2. Gaul tepung pulut, kelapa, gula, garam dan air kapur hungga sebati.
3. Bahagikan kepada 3 - 1 bahagian biar asal (lebih sedikit), 1 bahagian warna pink (perasa ros), 1 bahagian warna hijau ( perasa pandan).
4. Dalam acuan, letak adunan asal, ratakan (jangan ditekan), kemudian letak adunan yang berwarna. Buat hingga habis semuanya.
5. Kukus selama 30 minit atau hingga adunan masak.
6. Sedap dan lembut dimakan panas2 atau ketika suam.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan