Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walau dimana pun anda berada....saya doakan semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Masak apa hari ini?. Ayat tu memang selalu keluar dari mulut atau dikotak pikiran kita......nak masak esok, malam dah mula memikir. Paling senang, tanya pada seisi keluarga....nak makan apa. Kalau cara yang ni....memang saya praktikkan dari dulu, bila ada permintaan, tak le pening kepala memikir!!!!!. Hari ni saya memuding.....puding roti je. Resepi ni saya copy dari blogger Infojajan.com. Sedap puding ni.....tentunya anak2 yang suka sebab ada letak keju. Saya dah ubahsuai resepi ni ikut citarasa kami sekeluarga. Jom kita intai.....
PUDING ROTI KEJU KUKUS
Sumber : Infojajan.com
Olahan : UDA
Bahannya:
5 keping roti sandwich (dipotong2)
300ml susu cair
2 biji telur ayam
1/2st esen vanilla
115gm gula pasir (jika suka manis boleh tambah)
50gm butter cair
50gm keju parut / potong dadu
kismis dan coklat chip secukupnya
sedikit pewarna kuning
Caranya:
1. Panaskan kukusan. Gris acuan pilihan dengan butter, ketepikan.
2. Pukul telur, gula, susu cair, vanilla, sedikit warna kuning, hingga rata. Gunakan whisk sahaja.
3. Masukkan roti, biar rendam sebentar. Masukkan butter cair dan separuh keju, gaul sebati.
4. Masukkan adunan dalam acuan, tabur lebihan keju, kismis dan coklat chip. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan dahulu baru dipotong.
terima kasih duhai hati,,saya akan cuba buat kek ni u family atau tetamu..thank you sekali lagi..pasti sdap punya!!
BalasPadampkai keju parmesan blh ka?
BalasPadam