Isnin, 14 Januari 2013

Strawberry Diamond



Assalamualaikum dan salam ceria!!!!. Dah lama tak bakar puff pastry. Kulit puff yang segera memang sentiasa ada dalam simpanan tapi...nk membuatnya tu kene angin rajin. Kalau rajin, buat banyak2, simpan....sape2 datang, tinggal bakar je. Hari ni teringin nak guna jem strawberry, lagi senang dan cepat!!!. 3  keping itulah sahaja saya buat, untuk diri sendiri. Jom kita intai....

STRAWBERRY DIAMOND

Bahannya:
Kulit Puff Pastry Brand Kawan secukupnya
Jem strawberry secukupnya
1 biji telur (untuk sapuan)

Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C
2. Ambil sekeping kulit pastry. Potong bentuk diamond tetapi jangan putus.
3. Tarik kulit sebelah kanan ke kiri dan sebelah kiri ke kanan. Bahagian tepi, tekankan dengan garpu.
4. Letak dalam loyang yang telah digris dengan margerin.
5. Isi inti dan  sapukan keliling dengan telur. 
6. Bakar sehingga garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan