Khamis, 10 Januari 2013

Si Bawal Dengan Kerutubnya.......





Assalamualaikum. Baru balik dari dapur kawan2 blogger, intai2.... apa yang diaorang masak hari ni atau dua tiga hari ni. Sempat singgah kat dapur Madiha....buat kerepek Ngaku rupanye....hehehe!!!. Saya tak pernah makan kerepek tu.....ada masa nak cuba. Skodeng kat dapur Mama Sara Nur.....Bingka Keladi!!!!! wow...mesti sedap. Intai kat dapur Amie....ada  Kek Pisang Coklat Urai.....hai, bila tengok semuanya berselera. Rajin2 kawan saya ni walaupun diorang bekerja.  Dah penat meronda dapur kawan2, jom intai lak kat dapur saya, masak ikan bawal hari ni.....pening mulanya, tak tahu nak masak apa dengan sibawal ni!!!. Dah lama tak pekene ngan kerutub, sesekali masak....emmm, licin!!!!!. Jom kita intai.....


IKAN BAWAL MASAK KERUTUB

Bahannya:
2 ekor ikan bawal sederhana besar
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
sedikit santan pekat
sedikit kerisik

Bahan dimesin:
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 tangkai lada kering
1 batang serai
sedikit halia
sedikit belacan


Caranya:
1. Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng garing. ketepikan.
2. Tumis bahan dimesin hingga garing dan wangi.
3. Masukkan air limau, santan, kerisik, garam dan gula. Masak hingga sebati.
4. Angkat dan jiruskan atas ikan.









2 ulasan:

  1. tak penah masak gini tp harus dicuba he he nampak sedaplah uda

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap mama.....kalau suka pedas, tambah lagi lada tu atau cincangkan cili padi....!!!!!

      Padam