Jumaat, 11 Januari 2013

Mee Sup








Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah pikir nak buat sarapan apa pagi ni?. Saya tak payah pikir2....ada permintaan nak mee sup....on ajelah!!!!!. Senang, simple dan sedap!!!!. Jom kita intai...


MEE SUP

Bahannya:
mee kuning secukupnya (dicelur dan ditoskan)
2 biji bawang putih (ditumbuk halus)
sedikit halia(ditumbuk halus)
2 biji bawang merah (dihiris)
sedikit rempah sup
1kiub stok ayam
garam dan gula secukupnya
lada sulah Ajishio secukupnya
minyak masak + minyak bijan untuk menumis
air secukupnya
sedikit isi ayam
sedikit sotong
 bebola daging secukupnya
sayur sawi secukupnya
 sedikit lobak merah
tomato
telur ayam

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan. Masukkan bawang hiris, tumis hingga layu. Masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis hingga garing dan wangi.
2. Masukan isi ayam, gaul sebati, masukkan air secukupnya. Masukkan kiub ayam, lada sulah, garam dan gula. Biar mendidih.
3. Bila mendidih, masukkan telur serta bahan2 yang lain. Biar mendidih sekali lagi, tutup api.
4. Hidangkan dengan mee kuning, taburkan bawang goreng dan sedap dimakan dengan lada jeruk @ sambal kicap cili padi












1 ulasan: