Isnin, 14 Januari 2013

Ikan Tenggiri Goreng Asam






Assalamualaikum dan selamat tengahari. Masak apa hari ini?. Hari ni saya masak awal sedikit sebab petang nanti ada kelas. Dah masak, terus post......sementara tunggu masa nak jemput anak balik sekolah. Sempat lagi tu....buat puding caramel.....'termengidam' pulak!!!!!. Yang tu, nanti malam saya post. Hari ni masak yang simple2 je tapi mesti ada pedas....encik suami suka pedas!!!!. Kalau tak salah, sebelum ni saya ada letak kat blog ni.....Sotong Goreng Asam. Tapi kali ni, saya guna ikan tenggiri pula. Jom semak resepi.....


IKAN TENGGIRI GORENG ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri (dilumur dengan serbuk kunyit & garam, goreng separuh masak)
1/2 cawan santan
sedikit air limau (guna air asam jawa pun boleh)
gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
8 tangkai lada kering yang telah direndam
1 batang serai
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit kunyit basah

Bahan yang dipotong:
1 biji tomato
1 tangkai lada merah
1 tangkai lada hijau
1/2 biji bawang holand

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga garing dan wangi.
2. Masukkan santan, air limau, ikan goreng, garam dan gula. Masak hingga pekat.
3. Masukkan bahan yang dipotong, direnih dengan api kecil sebentar, tutup api.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan