Sabtu, 5 Januari 2013

Mee Kurnia.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sarapan apa pagi ni?. Mee Kurnia......memang tk pernah dengar, tak pernah tengok dan tak pernah makan. Saya dah beberapa hari nak mencuba resepi mee ni tapi asyik tertangguh je. Hari ni berkesempatan sebab ada tetamu dirumah. Sama2 nak merasa mee ni. Resepi dari Bro Rozzan......memang sedap dan tak menghampakan. Tidak cepat muak sbb tidak menggunakan santan. Saya dah olah sedikit resepi ni.....ikut selera saya seisi keluarga. Jika nak tahu resepi asal....sila lihat blog beliau. Jom kita intai.....




MEE KURNIA
Sumber : Bro Rozzan
Olahan : UDA


Bahan di mesin:
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
10 tangkai lada kering

4sb serbuk rempah sup
4sb serbuk rempah kurnia
1kiub stok ayam
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya
ayam secukupnya (dipotong2 masuk dlm kuah)
fish ball/ meat ball secukupnya

Bahan dicelur:
mee kuning secukupnya
kobis secukupnya
sawi secukupnya
udang secukupnya
sotong secukupnya


Caranya:
1. Tumis bahan yang dimesin hingga wangi. Masukkan ayam, gaul sebati. 
2. Tambah rempah sup dan rempah kurma dan sedikit air, gaul sebati hingga timbul minyak.
3. Tambah air secukupnya, meat ball, garam dan gula. Biarkan api kecil, masak hingga mendidih dan kepekatan yang kita kehendaki.
4. Cara menghidangnya-- letak mee dlm mangkuk, tambah bahan yang dicelur. Jirus kuah, tabur bawang goreng dan sedap dimakan dengan cili jeruk ataupun sambal kicap cili padi.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan