Khamis, 31 Januari 2013

Talam Kentang Berlauk







Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kita dah berada sebulan dalam bulan pertama tahun ini. Semuga Allah beri kita peluang lagi untuk meneruskan kehidupan bersama2 keluarga di bumi yang aman damai ini. Mudah mudahan Allah beri kita kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hari ni saya nak kongsi resepi talam berlauk pula. Dah 2 hari berturut2 talam manis , yang ni talam masin pula...hehehe!!!!. Resepi ni saya copy dari Citarasawan. Memang sedap talam kentang berlauk ni, lemak2 masin gitu!. Tambahan pula, saya letak intinya banyak....mana tak sedap!. Memang saya sengaja buat inti lebih supaya nak letak banyak2. Kalau resepi asal, guna loyang empat segi 8in tapi saya guna acuan lompang. Memang lenguh gak bila adunan kentang tu nak diratakan dalam acuan tu. Tapi bila nak makan senang, tak perlu potong dan kejadiannya lebih comel!!!. Tapi , bila saya dah kesuntukan masa.....guna gak acuan yang besar sikit. Tak kisahlah tu, janji sedap dan puas hati. Jom ......saya share resepi ni disini pula ye!!!!


TALAM KENTANG BERLAUK
Sumber : Citarasawan
Olahan : UDA

Bahan inti:
150gm daging cincang (saya guna 250gm - saya rebus dahulu)
2 biji bawang putih ( saya letak 3 biji)
1 st serbuk rempah kari ( 2 sudu besar)
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu ( ini saya tambah)
daun sup dan daun bawang secukupnya - dipotong halus
1 biji lada merah (dipotong bulat @ dipotong kecil2)
bawang goreng secukupnya (ini saya tambah)
gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis

Caranya: Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kari , gaul rata dan sebati. Dah wangi, masukkan daging , lobak merah, gula dan garam. Masak hingga kering. Tutup api. Masukkan daun sup dan bawang goreng secukupnya dan gaul rata. Ketepikan.


Bahan Bawah :
750gm ubi kentang
80gm tepung gandum
1st srbuk lada putih (saya letak 1 sudu besar)
1sb gula halus
warna kuning

Caranya: Rebus kentang dan lecek halus. Gaul dengan bahan yang lain hingga sebati dan ketepikan.


Bahan Atas:
470ml santan
70gm tepung beras
60gm tepung gandum
1 biji telur
1/4st garam halus (saya letak 1 sudu teh)

Caranya: Campurkan semua bahan, tapis dan masak hingga naik wap. Ketepikan.


Cara mengukus:
1. Panaskan kukusan. Jika guna loyang, alas plastik dan griskan dengan sedikit minyak. Masukan adunan kentang, ratakan kemudian kukus dalam 10 minit atau hingga masak. Masuk pula adunan atas @ adunan tepung, letakkan inti dan taburkan lada merah. Kukus selama 10 - 15 minit atau hingga masak.
2. Jika guna acuan lompang, griskan dengan sedikit minyak, ambil sedikit adunan kentang dan ratakan. Buat begini hingga habis adunan kentang tu. Kukus selama 5 - 10 minit, masuk pula adunan tepung dan letakkan inti dan letak lada merah yang dipotong bulaat. Kukus lagi hingga masak.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan